Pada tahun 1974, beliau membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Teluk Wanjah Alor Setar. Setelah itu, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada BERNAS. Beliau kemudiannya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan Bukhari Sdn.Bhd yang membekalkan perniagaan berasaskan gula.
Selepas setahun Bukhari Sdn.Bhd ditubuhkan, beliau mngembangkan perniagaannya dengan menubuhkan pula Bukhari (KL) Sdn.Bhd yang membekalkan beras, teh, tepung coklat, minyak sapi dan susu kepada kerajaan.
Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan usahawan yang berkeyakinan terhadap kebolehan diri. Seseorang usahawan itu haruslah berani dan berkeyakinan dalam segala tindakan dalam mencapai matlamat orgnisasi. Sebagai bukti, beliau sentiasa mengembangkan perniagaannya dari dahulu sehingga sekarang tanpa rasa takut akan kegagalan yang mungkin bakal terjadi. Saya sangat kagum dengan penglibatan beliau dalam perniagaan di samping memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat.
Pada tahun 1979 pula, beliau menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd yang merupakan syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Namun, nasib beliau tidak baik, Pada ketika itu, telah berlakunya kegaatan ekonomi dan beliau telah menjual kepentingannya dalam susu Mas Sdn.Bhd pada pertengahan tahun 1980 an. Namun, beliau tidak pernah berputus asa dan terus melangkah untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Beliau juga pernah berkata kejayaan ini perlkan masa yang panjang. Setiap kajayaan semestinya akan melalui proses kesusahan, Kita boleh melihat contoh beliau yang memulakan perniagaan dari bawah iaitu dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang. Sememangnya banyak perniagaan yang telah diusahakan oleh beliau dari dahulu sehinggalah hari ini.mm
Tuesday, 30 September 2014
Sunday, 21 September 2014
Tan Sri Syed MokhtarAl Bukhari
Beliau tinggal bersama bapa saudaranya sehingga beliau berada pada tingkatan dua. Beliau
menyambung persekolahannya sehingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's setelah beliau kembali ke kampung halamannya di Alor Setar Kedah. Beliau mula berniaga untuk membantu ibunya menjual sayur dan roti canai di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau bukan sahaja membantu ibunya, malah membantu bapanya mengembala haiwan peliharaan bapanya. Nasibnya tidak baik pada ketika itu kerana perniagaan ternakan bapanya telah mengalami kemerosotan akibat daripada wabak kaki dan mulut. Selepas itu, beliau hanya menjual daging ais secara kecil-kecilan. Di sini kita boleh lihat bahawa beliau seorang yang berinisiatif dan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri, malah terhadap keluarga beliau juga. Saya sangat suka akan keperibadian beliau yang sangat komited dalam melakukan pekerjaan walaupun pada ketika itu beliau masih muda. Setelah itu, beliau menjalankan perniagaan yang berasaskan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau telah berjaya mendapat permit bagi empat buah lori kelas A di bawah Syarikat Kenderaan Sentosa. jika dilihat, beliau sentiasa mengembangkan perniagaan tanpa rasa jemu dan tidak takut akan kegagalan.
Saturday, 20 September 2014
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Untuk pengetahuan semua saya sangat kagum dengan tokoh usahawan yang terkemuka di dalam negara kita. Tokoh tersebut ialah Tan Sri Shed Mokhtar Al Bukhary. beliau merupakan usahawan yang sangat cintakan kebajikan. Beliau yang dilahirkan di Alor Setar Kedah pada tahun 1951 merupakan tokoh yang sangat berjiwa murni dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu kerja atau sesuatu amal kebajikan. Beliau bukannya berasal daripada keluarga yang senang, Namun berkat usahanya yang gigih beliau telah buktikan pada semua orang bahawa sebagai rakyat Malaysia kita juga boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang lain. Beliau sentiasa memegang prinsip yang jelas dalam hidupnya. Antara prinsip yang beliau gunakan ialah " kalau kita melalui jalan yang susah barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang. Saya sangat tertarik dengan sejarah hidup beliau. Beliau merupakman anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Mereka hidup dalam serba kekurangan. Mereka hanya tinggal di rumah kayu yang tidak mempunyai katil, meja ataupun kerusi. Kesusahan yang dialami oleh beliau sejak kecil lagi telah memberi satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup beliau sehingga ke hari ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Beliau sekarang sudah menjadi seorang individu ketujuh yang terkaya di Malaysia.
Sejarah perkembangan beliau dalam perniagaan sememangnya boleh menjadi iktibar untuk semua. Tan Sri syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar Kedah. Namun, ketika umur beliau mencecah 9 tahun, beliau menetap bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor bharu.
Sejarah perkembangan beliau dalam perniagaan sememangnya boleh menjadi iktibar untuk semua. Tan Sri syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar Kedah. Namun, ketika umur beliau mencecah 9 tahun, beliau menetap bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor bharu.
Subscribe to:
Posts (Atom)