Tuesday, 30 September 2014

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Pada tahun 1974, beliau membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Teluk Wanjah Alor Setar. Setelah itu, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada BERNAS. Beliau kemudiannya mengembangkan perniagaan dengan menubuhkan Bukhari Sdn.Bhd yang membekalkan perniagaan berasaskan gula.

Selepas setahun Bukhari Sdn.Bhd ditubuhkan, beliau mngembangkan perniagaannya dengan menubuhkan pula Bukhari (KL) Sdn.Bhd yang membekalkan beras, teh, tepung coklat, minyak sapi dan susu kepada  kerajaan.

Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan usahawan yang berkeyakinan terhadap kebolehan diri. Seseorang usahawan itu haruslah berani dan berkeyakinan dalam segala tindakan dalam mencapai matlamat orgnisasi. Sebagai bukti, beliau sentiasa mengembangkan perniagaannya dari dahulu sehingga sekarang tanpa rasa takut akan kegagalan yang mungkin bakal terjadi. Saya sangat kagum dengan penglibatan beliau dalam perniagaan  di samping memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. 

Pada tahun 1979 pula, beliau menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd yang merupakan syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Namun, nasib beliau tidak baik, Pada ketika itu, telah berlakunya kegaatan ekonomi dan beliau telah menjual kepentingannya dalam susu Mas Sdn.Bhd pada pertengahan tahun 1980 an. Namun, beliau tidak pernah berputus asa dan terus melangkah untuk menjadi usahawan yang berjaya. 

Beliau juga pernah berkata kejayaan ini perlkan masa yang panjang. Setiap kajayaan semestinya akan melalui proses kesusahan, Kita boleh melihat contoh beliau yang memulakan perniagaan dari bawah iaitu dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang. Sememangnya banyak perniagaan yang telah diusahakan oleh beliau dari dahulu sehinggalah hari ini.mm

No comments:

Post a Comment