Thursday, 2 October 2014





  • Masjid Al-Bukhary

      Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sangat mementingkan kebajikan masyarakat terutamanya masyarakat yang beragama Islam.Saya sangat kagum dengan usaha murni beliau dan sangat merendah diri dalam apa jua kejayaan yang beliau perolehi. Usaha murni beliau terserlah dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhary sebagai badan kebajikan yang ditubuhkan pada Mac 1996.Tujuan penubuhan yayasan ini adalah untuk membantu golongan miskin serta menyokong perkembangan seni dan budaya Islam.


         Yayasan Al Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Hal ini terbukti bahawa kejayaan yang diperoleh beliau adalah hasil keikhlasan dan jiwa murni yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini. Banyak yang beliau uahakan melalui Yayasan Al Bukhary ini.Yayasan ini juga telah menjalankan projek Mega iaitu pembinan Kompleks Perniagaan (SOUQ) al-Bukhary di Alor Setar yang bernilai RM400 juta. Terdapat pelbagai kompleks perniagaan di dalamnya iaitu Masjid al-Bukhary yang berdekatan, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas warga emas dan pusat pengjian tinggi.


      Dalam hal ini, jika dilihat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary sanggup mengambil risiko dan sentiasa mengamalkan amalan kebajikan untuk masyarakat. Beliau bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata malah kepentingan masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan untuk menyara hidup mereka.Kecekalan dan ketabahan beliau dalam  menjalankan perniagaan membuatkan semua oranmg begitu dihormati dan dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di sekuruh negara. Kita seharusnya mengambil iktibar dan semangat beliau supaya kita lebih berjaya dan tidak mudah mengalah walaupun pelbagai dugaan yang melanda. 

No comments:

Post a Comment