D'Herbs bukti kejayaan anak muda
Jika melihat kepada kemampuannya menguruskan syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd, pasti ramai tidak menyangka, empunya diri yang bergelar Pengarah Urusan ini baru berusia 25 tahun.
Namun, Aliff Syukri Kamarzan membuktikan faktor usia bukanlah ukuran untuk menempa kejayaan seperti yang dilakarnya hari ini.
Bergelar usahawan pada usia muda bukanlah semudah disangka. Lebih-lebih lagi, perniagaan yang diceburi adalah dalam bidang kosmetik yang majoritinya dipelopori golongan wanita.
Kesusahan hidup yang dilalui ketika zaman kanak-kanak menjadi pembakar semangat untuk dia terus berusaha mengubah kehidupan yang lebih baik tanpa mengenal erti putus asa.
“Saya belajar tidak tinggi. Tetapi pengalaman hidup mengajar saya banyak perkara. Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat berniaga sehinggalah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan ini.
Saya pernah berniaga di pasar pagi dan malam di seluruh Selangor. Ketika itu perasaan malu dibuang ke tepi. Pendapatan hasil jualan disimpan untuk dijadikan modal perniagaan. Syukur saya mampu membuka perniagaan ini tanpa membuat sebarang pinjaman,” katanya.
Kilang sendiri iaitu Aliff Herbs Sdn Bhd, syarikat khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan membuka ruang kepada syarikat lain untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.
Lebih 6,000 pengedar
Sehingga kini, produk D’Herbs meliputi kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Malah, bilangan pengedarnya juga semakin meningkat kepada lebih 6,000 orang.
Melihat industri kosmetik sebagai industri yang mempunyai potensi luas, Shukri yakin produknya semakin diterima pengguna dari seluruh negara berikutan permintaan yang diterima semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Setelah lebih dua tahun beroperasi, D’Herbs kini terus mengorak langkah apabila telah menghasilkan lebih 30 jenis produk kosmetik dan kesihatan.
Bermula dengan satu produk iaitu Jus Perawan, hari ini D’Herbs semakin dikenali dengan kepelbagaian produk antaranya Tablet Coklat Pintar Ibnu Sina, Gel Berherba Aloe Gamat, Sabun Scrub Mukjizat, set wangian dan banyak lagi.
Menurut Shukri, dia turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna.
Bagi merealisasikan hasratnya itu, Shukri kini mempunyai kilang sendiri iaitu Aliff Herbs Sdn Bhd yang telah mula beroperasi awal September lalu.
“Dengan pembinaan kilang ini, ia sekali gus akan meningkatkan kapasiti pengeluaran produk dan menjadikan operasi pengeluaran semakin berjalan lancar,” katanya yang juga menyimpan impian untuk memiliki wisma sendiri.

KECACATAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA
- TENGKU ARMAN HARRIS TENGKU ISMAIL
Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan.
Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.
Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.
Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor.
Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.
TIMBA ILMU
Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.
Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.
Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya.
Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.
DUA KEDAI BATIK
"Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang.
"Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun.
Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32, yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik.
Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.

TOKOH OKU
"Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya.
Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya.
Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi.
Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001.
PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003.
Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.

2. LEE THIAM WAH
kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu. Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah. Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak. Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee. Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit. Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan – ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadan Lee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka. Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka. Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi. Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai. Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.
Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.
Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah. Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee. Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad. ” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam. ” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee. Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal. Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
ARTIKEL : LAYAKKAH ANDA DIGELAR USAHAWAN?
ARTIKEL : LAYAKKAH ANDA DIGELAR USAHAWAN?
Written by Administrator
Created on Saturday, 01 January 2011 12:19
Last Updated on Monday, 12 November 2012 12:55
Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan?
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya.
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :
- Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
- Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
- Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
- Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
- Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
- Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
- Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
- Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
- Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.
16 TIP USAHAWAN KAUM CINA
Kaum Cina merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan sering dijadikan contoh. Tidak salah mengambil iktibar yang baik daripada mana-mana kaum sekalipun selagi ia tidak bertentangan dengan pegangan Islam. Anda sebagai usahawan yang baru meningkat naik juga boleh mencontohi golongan peniaga ini:
- Berniaga mestilah rajin, jika tidak, ia tidak menjadi.
- Belanja mesti jimat, jika tidak, putus modal.
- Sambut pelanggan dengan senyuman, jika tidak, pelanggan lari.
- Masa sentiasa terbuka, jika tidak, hilang peluang.
- Harga perlu berpatutan, jika tidak, timbul pergaduhan.
- Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak, hilang modal.
- Akaun perlu disemak sendiri, jika tidak, tidak tahu kekuatan modal.
- Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak, ia tidak teratur.
- Barangan perlu dikemas, jika tidak, ibarat sampah sarap.
- Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak, akan memakan diri.
- Barangan mesti disemak sendiri, jika tidak, rendah nilai dan mutunya.
- Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak, hilang kepercayaan.
- Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak, timbul penyelewengan.
- Keluar masuk tunai perlu teliti, jika tidak, bertindih kesilapan.
- Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak, mudarat diri
- Niat mesti kukuh dan jelas.
CIRI-CIRI PENIAGA ISLAM
- Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul, hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung, bila untung aku akan jadi orang kaya, semua orang akan pandang dan kagum dengan aku".
- Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam. Setiap barangan yang diniagakan mestilah barangan yang halal dan tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya. Orang Islam dilarang atau melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk judi, arak, pelacuran dan sebagainya.
- Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan atau sukatan mestilah betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.
- Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Apabila mendapat untung, cukup haul maka keluarkanlah zakat. Membantu fakir miskin, menderma kepada masjid dan surau, berkorban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan daripada perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-temapt hiburan yang melalaikan dan lain-lain lagi.
- Jangan tinggalkan solat. Berniagalah pada bila-bila masa yang anda mampu tetapi jangan sampai meninggalkan solat. Solat itu ialah fardu ain dan lebih utama daripada berniaga. Perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibahdah di sisi Allah S.W.T.