Monday, 6 October 2014

Dato'Tony Fernandes dan Air Asia

Ramai yang sudah mengenali tokoh usahawan yang terkenal di Malaysia ini. Tony Fernandes atau nama sebenarnya ialah Tan Sri anthony Francis Fernandes merupakan peneraju dan pengasas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Saya sangat mencontohi beliau yang sanggup menghadapi risiko dalam memulakan perniagaan yang diceburinya. Beliau dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Kini beliau berumur 50 tahun. Bapanya bernama Dr Stephen Edward Fernandes manakala ibunya bernama Ena Dorothy Fernandes. Jika dilihat, beliau sangat komited dalam melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Seperti usahawan yang lain, sebelum berjaya kita seharusnya memulakannya dari bawah. Pada usia muda, beliau selalu mengikuti ibunya seorang peniaga kecil-kecilan ke majlis para peniaga tupperware.

Tony Fernandes
Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau melanjutkan pelajaran di England pada tahun 1977 dan lulus di London School of Economics pada tahun 1987. Apa yang saya ingin kongsikan ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia iaitu Syarikat Penerbangan tambang murah yang terkenal di Asia. Beliau juga mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya iaitu berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Hal ini terbukti apabila syarikat penerbangan fledging yang mempunyai hutang sebanyak RM40 juta yang diusahakannya telah menjadi perniagaan yang berkembang maju. Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn Bhd pada tahun 2001 dan saya tertarik dengan slogan yang dipegang iaitu "everyone can fly". Melalui slogan itulah beliau terus berjuang untuk mengubah Air Asia menjadi sebuah syarikat penerbangan termurah di Malaysia malah merintis fenomena kos rendah di Asia.


Tony Fernandes
Pada hari ini beliau telah menjadi usahawan yang berjaya hasil usaha gigih beliau dalam mengendalikan perniagaan yang diceburi. Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun, keperibadian luar biasa ini mampu menjadikan masalah sebagai satu cabaran untuk beroleh idea dan kejayaan yang sebenar. Hal ini terbukti apabila, Tony Fernandes mengendalikan syarikat tambang murah Air Asia ini. Beliau bijak menguruskan kos dalam perniagaan yang diceburi. Sebagai contoh, Air Asia pada awalnya memulakan operasi dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat iaitu MAS. Beliau telah menggunakan strategi dengan membeli kapal terbang terpakai terlebih dahulu untuk mengurangkan kos. Setelah syarikat mendapat keuntungan yang banyak barulah beliau membuat keputusan untuk membeli kapal terbang yang baru. Beliau sangat komited dalam sesuatu perkara yang dilakukan.

Beliau juga sangat merendah diri dan komited dalam melakukan pekerjaan. Beliau juga seorang yang sederhana. Walaupun beliau hebat dalam perniagaan, beliau tidak berlagak berada di tempat yang atas. Beliau akan sentiasa bersama pekerja serta kakitangan syarikatnya supaya mereka tetap terus meningkatkan prestasi syarikat. Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu menjadi orang yang kreatif.m Sebagai contoh, Air asia bijak membuat back and selling dalam jualan tiketnya. Jika kita hendak menjadi pelanggan yang mendapat tempat mduduk pertama dan tidak mahu beratur, kita perlu menambah RM10. Itulah strategi Air Asia untuk meningkatkan keuntungan di samping memenuhi kehedak pelanggan dalam urusan penerbangan.

Air Asia juga berjaya di bawah kepimpinan Tony Fernandes kerana mereka mempunyai "teamworks" yang kuat. Air Asia begitu pantas berkembang kerana mereka bijak menggunakan peluang yang orang lain tidak nampak. Mereka telah mengadakan kerjasama dengan syarikat dari luar negara. Dalam masa 5 tahun sahaja Air Asia sudah ada di Thailand Filipina Indonesia dan lain-lain tempat.

Air Asia
Tony Fernandes juga melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam menjayakan perniagaan berasaskan industri penerbangan tambang murah. Antara cabaran yang dilalui oleh beliau ialah sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau dalam menubuhkan syarikat penerbangan. Banyak tohmmahan yang telah diberikan kepada beliau. Namun, masalah ini tidak melunturkan semangatnya untuk terus memajukan syarikat tersebut. Secara pantas, melalui Dato Pahamin Rajab, beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir Perdana Menteri ketika itu untuk meluluskan rancangan beliau untuk mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.

Jiwa kental dan tidak mudah mengalah telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng,bagi Tony, kualiti seorang usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony berpeganglah dengan keyakinan anda dan janganlah terlalu mendengar kata orng lain jika terus berjaya hingga ke puncaknya.




 

No comments:

Post a Comment